Mutiara Kata Terbaik 2013

Mutiara Kata ataupun kata-kata mutiara adalah merupakan kata-kata yang mendalam dan mempunyai maksud tertentu. Mutiara kata biasanya digunakan bagi memberi pengajaran, sindiran atau digunakan untuk mengalakkan kita berfikir akan sesuatu perkara. Mutiara kata-kata biasanya mempunyai bahasa yang mendalam dan maksud yang tersirat

 

Mutiara Kata Terbaik 2013(KOLEKSI KATA KATA MUTIARA HEBAT)

 

Di sini kami senarikan antara mutiara kata dan kata kata mutiara yang menjadi kegemaran bagi tahun 2013

  • Adalah jauh lebih baik mempunyai muka yang hodoh daripada mulut yang hodoh kerana muka yang hodoh tidak sesekali akan menyakiti hati namun mulut yang hodoh pasti akan menyakiti hati orang lain.
  • Wangi pada badan boleh dihilangkan tapi wangi di hati tidak boleh dihilangkan kerana hati yang wangi mengajak kepada berbuat pahala.
  • Apabila mendapat keuntungan belajarlah untuk bersyukur dan apabila mengalami kerugian belajarlah mengungkapkan senyuman.
  • Sesiapa yang hanya tahu menerima namun tidak tahu memberi tidak akan merasai kebahagiaan.
  • Cinta kepada Allah adalah kerana aku adalah hamba dan ciptaannya. Cintaku kepada seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptakkannya.
  • Jangan berhenti berusaha apabila anda menemui kegagalan. Ini kerana sesuatu kegagalan itu ┬ámengajar kita apa itu erti kesungguhan.
  • Didikan oleh seorang ibu dan ayah umpama satu gubahan bunga yang indah di kepalamu dan satu kalungan bunga di lehermu.

    mutiara kata kata mutiara terbaik

    mutiara kata kata mutiara terbaik

  • Sesungguhnya hati orang yang bijaksana lagi bijak adalah dihatinya manakala hati orang yang bodoh sesungguhnya terletak pada mulutnya.
  • Sikap dan tingkahlaku umpama cermin bagi setiap manusia, umpama orang yang busuk hatinya akan dilihat oleh orang lain seperti melihat kehodohan di dalam cermin.
  • Menangisi perpisahan akibat gagal dalam percintaan adalah satu kebodohan yang amat merugikan tetapi jika tangisan itu digunakan bagi menangisi dosa-dosa sekaligus memohon keampunan dari yang esa maka itu lebih menjamin kebahgiaan di dunia dan di akhirat.
  • Semakin jauh anda melarikan diri dari masalah semakin dekatlah ia kepada anda.
  • Jangan sesekali berbangga dengan pujian sahabat anda kerana di sebalik sesuatu pujian itu terselit satu kejian.
  • Kata-kata yang lemah lembut bakal melembutkan hati yang keras dan kata-kata yang kasar akan mengeraskan hati yang lembut.
  • Sekiranya kita tidak mampu menjadi garam yang menahan daging dari busuk maka janganlah pula menjadi langau yang membusukkan sesuatu daging itu.
  • Jangan segan mahupun mahu untuk memberi sedekah mahupun sedikit, sesungguhnya pemberian yang sedikit itu jauh lebih baik daripada tidak memberi barang sedikit pun.

    kata kata mutiara terbaik

    kata kata mutiara terbaik

  • Sekiranya gagal sekali tidak bermakna anda gagal selamanya, sebaliknya kegagalan itu membangkitkan semangat anda itu lebih berjaya di masa akan datang.
  • Seseorang yang sentiasa sibuk sebenarnya tidak cekap manakala orang yang cekap sentiasa kelihatan tidak sibuk.
  • Tiada bantal yang terbaik selain daripada riba ibu sendiri.
  • Percintaan itu umpama penyakit manakala perkahwinan itu umpama ubat.
  • Sejuta cahaya lampu tidak akan menerangi hati yang gelap namun 1 cahaya keimanan cukup untuk menerangi hati membawa ke syurga.
  • Kebaikan timbul dari keburukan dan amalan timbul dari pengetahuan.
  • Barang siapa yang suka mengkhianati rakan sendiri dia umpama binatang yang suka memakan bangkai. Semakin busuk bangkai semakin meningkat seleranya.
  • Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis pada senyuman.
  • Bercinta dengan pelajaran, tunanglah dengan ulangkaji, berkahwin dengan peperiksaan dan berbulan madu dengan kejayaan.

    koleksi mutiara kata-kata terbaik

    koleksi mutiara kata-kata terbaik

  • Kemarau yang menimpa hati lebih teruk lagi dahsyat dari kemarau yang menimpa pada musim panas.
  • Sehaluan tapi tidak sejalan jauh lebih baik dari kita sejalan tapi tidak sehaluan.
  • Lidah itu ibarat peti emas, jika tersilap kata maka buruk padahnya.
  • Amalkan hidup seperti sepohon kayu yang lebat buahnya, apabila di baling dengan batu maka dibalasnya dengan buah.
  • Sesuatu yang dibuat tanpa paksaan adalah merupakan suatu kemenangan.
  • Kalau diasahkan belakang parang ianya akan menjadi tajam,begitu juga manusia di mana jangan sangka sebodoh-bodoh seseorang itu pastu menjadi pandai jika diajar bersungguh-sungguh.
  • ┬áTeman itu ibarat pasir di pantai tetapi teman yang baik umpama seperti mutiara di dalam pasir-pasir itu.
  • Cinta itu bukan hanya untuk memiliki sahaja, cinta itu adalah perkongsian dan saling melengkapi antara dua insan.
  • Sesungguhnya hidup di dunia yang fana ini mengkhayalkan manusia.
  • Racun tidak sukar untuk dikenalpasti namun ramai tertipu dengan kata-kata manis kerana kata-kata itu dibungkus dengan gula-gula yang jauh lebih manis daripada racun.
  • Bertolak ansur merupakan resepi utama dalam mengharmonikan rumah tangga.
  • Menilai diri sendiri adalah sangat sukar berbanding menilai 1000 orang.
  • Bulan itu menerangi malam, ilmu itu menerangi diri.
  • Nafsu berkata bahawa perempuan cantik itu kerana paras rupa, akal pula berkata kecantikan perempuan itu dari segi kepintaran dan ilmunya, hati pula berkata bahawa perempuan itu cantik dari segi akhlaknya.
  • Hargailah diri anda, diri itu tidak ternilai dengan wang ringgit.
  • Ilmu pengetahuan itu umpama perigi di padang pasir dan umpama bintang pada waktu malam. Kejarlah ilmu itu seberapa mampu anda terdaya.
  • Biarlah orang mengatakan anda bodoh ketika diajar, daripada bodoh tanpa pelajaran.
  • Kesunyian merupakan satu keresahan dan keresahan merupakan penyeksaan yang tidak akan berkesudahan.

Tag:

  • koleksi mutiara kata (79)
  • kata kata hebat (28)
  • himpunan mutiara kata (24)
  • himpunan kata kata hikmah (14)
  • koleksi kata kata indah (12)
  • kata kata sindiran melayu (12)

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: