Udang Goreng Kunyit Simple Bersama Kentang

Udang Goreng Kunyit Bersama Kentang adalah resepi yang tidak sukar disediakan. Bahan-bahan resepi kunyit ini sangat simple dan mudah didapati.

Bahan-Bahan Udang Goreng Kunyit :

Udang (Kuantiti ikut suka)

1 labu bawang besar

1 biji cili merah

2 biji kentang

Sedikit kunyit

Air Asam Jawa

Sos tiram

Udang Goreng Kunyit

Udang Goreng Kunyit

Cara-cara Udang Goreng Kunyit Kentang:

1. Bersihkan udang Gaul bersama kunyit. Asingkan.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

2. Bawang besar dipotong bulat dan cili merah di hiris nipis.

3. Kentang dipotong bulat dan nipis. Gaul bersama kunyit.

4. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga garing.

5. Masukkan kentang dan sedikit air. Kacau. Biar sehingga empuk.

5. Apabila kentang telah empuk, masukkan udang dan perah air asam jawa. Tambah sedikit air.

6. Kacau rata. Biarkan sehingga udang masak.

7. Masukkan sedikit sos tiram beserta gula dan garam mengikut kesesuaian.

8. Setelah mendidih. Padamkan api. Siap!

Facebook Comments