Tips Temuduga Kerja Terbaik Yang Wajib Diketahui

Temuduga kerja adalah sesuatu yang menakutkan bagi setiap orang. Apabila menghadiri temuduga anda pasti berdebar-debar dan tertanya-tanya apakah soalan yang akan ditanya oleh penemuduga dan adakah anda akan berjaya ataupun tidak. Disini kami senaraikan tips temuduga yang perlu anda ketahui bagi memastikan menarik perhatian penemuduga sekaligus berjaya dalam temuduga anda.

 

tips temuduga kerja yang berjaya

Panduan Tips Menghadapi interview

 

Tips Temuduga Kerja Terbaik Yang Wajib Diketahui

 

# 1 Fahami bidang

Fahami bidang kerjaya yang anda bakal ceburi. Pastikan anda mempunyai ilmu berkaitan kerja yang dipohon.

 

# 2 Kemas

Pastikan anda berpakaian kemas dan bersesuai dengan kerja yang anda pohon.

 

# 2 Salam & Tegur

Pastikan akan mengetuk pintu,  memberi salam dan berjabat tangan dengan penemuduga dengan penuh keyakinan.

 

tips temuduga kerja

tips menghadapi interview

# 3 Senyum

Tips temuduga yang tidak kurang penting adalah lemparkan senyuman dan pastikan senyuman anda bukan dibuat-buat dan adalah senyuman penuh keyakinan.

 

# 4 Beri Perhatian

Beri sepenuh perhatian terhadap soalan yang diberikan. Hayati dan cuba fahami apakah yang ingin ditanyakan oleh penemuduga anda. Membuat penemuduga mengulang semula soalan adalah satu kesilapan besar sekiranya dilakukan.

 

# 5 Adab & Bahasa

Tips temuduga kerja yang kelima ialah minta izin sebelum duduk dan pastikan anda menjaga adab dan percakapan anda. Semasa ditemuduga pastikan anda bercakap dengan sopan santun dan dengan nada yang jelas. Percakapan yang tidak jelas akan menjejaskan tanggapan baik penemuduga terhadap anda.

 

# 6 Jangan Gelisah

Jangan tunjukkan anda gelisah dan risau. Duduk dengan posisi yang betul dan jangan terlampau bersandar pada kerusi anda. Ada sesetengah yang orang yang ditemuduga suka menekan-nekan pen dan mengayunkan kerusi ke depan dan kebelakangan. Perkara-perkara ini perlulah dielakkan.

 

# 7 Bersedia Untuk Soalan Perangkap

Apabila ditanya mengenai sesuatu penemuduga pasti akan bertanya soalan perangkap. Contoh soalan adalah seperti apa kurangnya kerja anda sebelum ini. Jawab soalan itu dan pastikan ia mengarah ke sesuatu yang positif. Sebagai contoh katakan kerja di tempat lama ok tapi anda ingin belajar dan mencari pengalaman baru. Katakan juga bahawa anda mendengar bahawa syarikat penemuduga amat menjaga kebajikan pekerja menyebabkan anda berminat berkerja di situ.

 

panduan tips temuduga

# 8 Ringkas

Jangan Memberi jawapan panjang lebar sekiranya anda boleh memberi jawapan ringkas. Jawapan yang meleret-leret boleh menunjukkan kelemahan dan kekurangan anda.

 

# 9 Jangan Terlampau Serius

Pastikan anda tidak terlampau serius semasa temuduga. Selitkan unsur-unsur humor dan ramah semasa berkomunikasi dengan penemuduga namun sila pastikan ianya bertempat dan tidak berlebihan.

 

# 10 Tanya Soalan Bijak

Di akhir temuduga, anda mungkin akan ditanya jika anda mempunyai soalan dan sekiranya tidak, anda haruslah bertanya beberapa soalan. Ini bagi menunjukkan kepada mereka bahawa anda berminat bekerja dengan mereka dan anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kerja tersebut. Sebut sahaja apa yang anda ketahui tentang syarikat itu sebelum anda ditemuramah. Tanya tentang budaya kerja syarikat dan jangan sesekali bertanya tentang gaji.

 

Tips temuduga kerja diatas adalah himpunan 10 tips temuduga terbaik yang kami kumpulkan bagi membantu anda berjaya dalam temuduga anda. Amalkan semua tips di atas  dan insyaAllah  anda akan berjaya dalam temuduga anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge