Tips dan Cara Mengatasi Stress Dengan Cepat

Stress ataupun tekanan adalah sesuatu yang tidak mudah dikawal namun ianya boleh diuruskan sekiranya kita tahu akan caranya. Stress biasanya timbul apabila anda dalam kesusahan, masalah, konflik, desakan sesuatu dan banyak perkara lagi. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada masalah dan stress. Di sini kami ingin membincangkan teknik,tips dan cara mengatasi stress dengan cepat dan betul.

 

Tips dan Cara Mengatasi Stress Dengan Cepat

 

# 1 Terima

Terima bahawa anda tidak boleh mengawal semua perkara dan anda tidak boleh mengelakkan daripada mengalami stress dalam hidup anda.

 

# 2 Positif

Kekalkan sikap positif dan pastikan anda sentiasa berfikiran positif. Buangkan jauh-jauh perasaan seperti “semua tidak boleh” dan “saya selalu gagal dalam semua perkara yang saya lakukan”. [Baca┬ábagaimana-menjadikan-diri-anda-sentiasa-berfikiran-positif]

cara mengatasi stress dengan bijak dan cepat

Bagaimana cara mengatasi stress dengan bijak dan cepat

# 3 Masa

Uruskan masa dengan bijak. Sekiranya anda bijak menguruskan masa maka anda boleh mengelakkan stress daripada berlaku. Tetapkan masa kerja dan masa berehat.

 

# 4 Bertenang

Cara menangani stress yang keempat ialah dengan menenangkan diri anda apabila anda merasa stress. Ambil masa antara 15-20 minit setiap hari untuk duduk diam dan menenangkan diri. Anda juga digalakkan menenangkan diri dengan mengamalkan menarik nafas panjang dan hembus secara perlahan-lahan. Lakukan ianya beberapa kali sehingga anda berasa tenang.

 

# 5 Jaga

Jaga dan jauhi pengambilan alkohol dan dadah. Dalam Islam alkohol dan dadah adalah haram dan pengambilan kedua-dua barang terlarang ini amat merugikan dan merosakkan anda, Kedua-dua benda tersebut tidak sesekali akan mengurangkan stress anda. Anda juga dinasihatkan menjauhi ataupun mengurangkan menghisap rokok.

 

# 6 Makanan

Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

 

# 7 Rehat

Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tidur yang baik dapat membantu mengurangkan stress sebanyak 60%.

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: