Tips Bagaimana Memulakan Perniagaan (TERBAIK)

Bagaimana memulakan perniagaan? Ramai daripada kita ingin mempunyai perniagaan sendiri dan ada yang berangan-angan menjana pendapatan daripada perniagaan. Namun hakikatnya ia tidak semudah itu itu berjaya dalam perniagaan. Anda perlukan disiplin dan matlamat yang jelas supaya anda tidak terkandas di tengah jalan. Di sini kami kongsikan Tips bagaimana memulakan perniagaan yang perlu semua bakal peniaga ketahui dan kuasai.

Tips Bagaimana Memulakan Perniagaan

Bagaimana Memulakan Perniagaan

Tips Bagaimana Memulakan Perniagaan

1. Anda perlu ada keikhlasan dan tanamkan akhlak mulia dalam diri anda. Anda juga perlu amanah dan jujur dalam perniagaan kerana peribadi yang baik ini akan memastikan anda mampu berjaya dalam perniagaan anda.

2. Dalam memulakan perniagaan anda perlu tetapkan mis,matlamat dan visi perniagaan anda. (Konsep,niat dan tujuan)

3. Jalankan perniagaan yang betul-betul diperlukan oleh para pengguna dan pelanggan.  Jangan jual sebarang barang atau perkhidmatan yang pelanggan tidak perlukan (Jangan syok sendiri).

4. Tanamkan dalam diri anda bahawa anda berniaga dengan konsep “menolong pelanggan sambil menjana keuntungan”. Dengan konsep ini, semangat anda untuk berniaga adalah lebih kuat berbanding anda berniaga dengan niat hanya ingin keuntungan sahaja. Sesiapa yang hanya berniaga dengan niat inginkan keuntungan sahaja pasti sukar untuk berjaya dan ramai yang hanya kekal berniaga untuk tempoh yang panjang.

5. Kenalpasti bentuk perniagaan yang anda ingin ceburi. Kenalpasti kekuatan, kelemahan,risiko, peluang, persaingan dan semua hal dalam perniagaan yang anda ingin ceburi.

6. Dapatkan mentor atau tunjuk ajar mahupun perkongsian pengalaman daripada individu atau peniaga yang berjaya, peniaga yang pernah gagal atau muflis dan pertubuhan seperti MARA, FELDA, Kementerian Luar Bandar & Keusahawanan dan banyak lagi.

7. Pastikan perniagaan yang anda ceburi ini adalah dalam bidang yang anda punyai pengetahuan dan ilmu. Gunakan minat,bakat, kemahiran dan ilmu yang anda miliki sebaiknya. Sekiranya anda berminat namun tiada ilmu dalam sesuatu bidang itu maka pelajarila dulu selok belok dan ilmu dalam bidang tersebut.

8. Sekiranya anda masih bekerja, jangan sesekali berhenti kerja sebelum perniagaan anda itu menjadi benar-benar kukuh. Selain itu, sila pastikan perniagaan yang anda jalankan tidak menganggu tugas hakiki anda mahupun prestasi anda dipejabat.

Kepada semua yang baru ingin memulakan perniagaan, pastikan anda mengamalkan kesemua tips memulakan perniagaan di atas. Anda mungkin berminat dengan Bagaimana membina kepercayaan pelanggan (TIPS PENIAGA).