Tips Bagaimana Beli Tiket Flight Murah (Best Untuk Bercuti)

Bagaimana Beli Tiket Flight Murah? Anda pasti ingin tau bagaimana cara mendapatkan tiket flight murah. Kini ianya bukan lagi rahsia dan anda perlu baca kesemua tips di bawah..

Di sini kami kongsikan beberapa tips yang anda perlu tahu bagi mendapatkan harga tiket flight murah.

Tips Bagaimana Beli Tiket Flight Murah

Tips Bagaimana Beli Tiket Flight Murah

Tips Bagaimana Beli Tiket Flight Murah (Best Untuk Bercuti)

1. Tempahan Awal, Namun Jangan Terlalu Awal

Biasanya tiket flight perlu ditempah sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal daripada tarikh yang anda rancang untuk terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan, selalunya telah menetapkan kuota dan jumlah tiket murah yang boleh ditempah oleh pelanggan awal. Sebagai contoh, mungkin hanya 30 orang paling awal sahaja yang telah ditetapkan bagi menempah harga flight termurah. Sementara selebihnya mungkin pada harga sederhana atau harga biasa yang mahal.

2. Tempah Tiket Flight pada hari Selasa dan hari Rabu

Hari yang terbaik untuk menempah tiket flight adalah hari Selasa dan hari Rabu. Kebanyakan syarikat airline biasanya akan menetapkan sistem temapahan masing-masing pada selasa 7 malam. Ini kerana mereka tahu kebiasaannya penumpang akan melakukan tempahan fligh pada hari minggu kerana pada hari tersebut pelanggan mempunyai masa lapang.

3. Cari ‘Promosi’ Flight Murah

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Bagaimana untuk tahu bila ada tiket flight dalam promosi. Antara caranya ialah langgan newsletter bagi syarikat penerbangan kegemaran anda bagi mengetahui promosi terkini dari mereka. Manakala salah satu cara lagi ialah anda perlu rajin-rajin browse laman web syarikat berkenaan dari masa ke semasa.

4. Delete ‘Cookies’ pada browser

Deletekan cookies pada browser chrome/IE/Mozilla anda samaada komputer,laptop mahupun telefon anda jika anda pernah melawat laman web airline tersebut dalam tempoh 30 hari sebelum ini.Jika cookies ini tidak dibuang,sistem tempahan syarikat airline itu akan mengenalpasti anda telah melawat laman mereka dan ia akan memaparkan harga biasa. Sebaiknya anda delete cookies dari browser anda.

5. Pilihan Untuk Mendarat di Airport Kecil

Antara teknik penjimatan yang anda boleh buat ialah cuba mendarat di lapangan terbang kecil berbanding lapangan terbang utama/besar. Sebagai contoh anda ingin ke London, anda boleh memilih mendarat di manchester kemudian menggunakan train ke London. Ini pasti menjimatkan. Jangan turun di Heathrow.

6. Bandingkan harga

Anda perlu rajin melihat harga tiket dari laman-laman web promosi. Jangan hanya tertumpu pada laman syarikat tersebut sahaja. Antara laman yang anda boleh rujuk adalah seperti skyscanner,cheapflight, kayak, expedia,Google Flight,momondo dan sebagainya.

Semoga tips Bagaimana Beli Tiket Flight Murah ini membantu anda menjimatkan kos perjalanan anda. Anda mungkin juga berminat membaca artikel Bagaimana Mengenal pelaburan skim cepat kaya

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *