Teknik Super Bagaimana Ajar Anak Bebas Pampers Dalam 3 Hari (Potty Training)

Ajar anak bebas pampers adalah sesuatu yang agak sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi buat ibu bapa. Namun anda perlu gunakan cara dan teknik-teknik yang betul bagi membantu anda untuk mengajar anak tidak menggunakan pampers dalam masa yang cepat.

Di sini kami kongsikan beberapa teknik super yang terbukti berkesan dalam mengajar bayi dan anak anda supaya tidak lagi menggunakan pampers/lampin pakai buang. Kebanyakan ibubapa yang menggunakan teknik-teknik yang kami kongsikan ini berjaya mengajar potty train anak dalam masa 3 hari sahaja.

Ajar anak supaya bebas pampers

Ajar anak supaya bebas pampers

Teknik Super Untuk Ajar Anak Bebas Pampers Dalam 3 Hari (Potty Training)

1. Pastikan anak anda bersedia.

Anda perlu pastikan anak anda sudah bersedia untuk melakukan potty training. Salah satu tandanya ialah anak anda asyik mengadu tidak selasa dengan pampers, mengadu pampers penuh, basah dan sebagainya.

2. Cari hari cuti yang sesuai. Seeloknya 3 hari yang anda tidak bekerja.

Anda perlu menumpukan sepenuh perhatian pada anak anda. Setiap masa dan ketika bagi memastikan matlamat anda supaya anak anda tidak menggunakan pampers lagi.

3. Simpan atau sorokkan pampers 

Untuk ajar anak bebas pampers, anda perlu simpan atau sorokkan pampers itu supaya anda tidak menggunakannya. Untuk lebih extreme lagi anda boleh bagi kepada jiran atau rakan pampers anda. Ini kerana semasa latihan anda pasti mudah stress dan give up dan terus menggunakan semula pampers pada anak anda.

potty training untuk anak

4. Pakaikan seluar dalam

Pakaikan anak anda dengan seluar dalam sahaja. Ini bertujuan  supaya mereka merasa tidak selesa apabila seluar dalam basah sekiranya mereka terkencing atau terberak. Ini juga bagi membiasakan mereka membuka seluar apabila ingin membuang air.

5. Seluar dalam dengan gambar menarik

Pakaikan seluar dalam yang mempunyai gambar kartun,haiwan atau apa sahaja gambar kegemaran anak anda. Ini bagi mewujudkan reward bagi sicomel dimana sekiranya hendak memakainya lagi sicomel perlu pastikan seluar dalam comel mereka tidak basah.

6. Minum air yang banyak

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Beri anak anda minum air dengan banyak. Anda boleh berikan air kegemarannya samaada air kosong, susu, ataupun jus buah-buahan. Air yang banyak akan membantu dimana ia membuat sicomel anda lebih kerap membuang air kecil sekaligus membanyakkan peluang anda melatihnya.

7. Jauhkan dari perkara melekakan

Anda perlu tutupkan semua telefon, komputer mahupun menonton drama di televisyen. Ini supaya anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada anak anda.

8. 15 minit sekali

Tetapkan anak anda ke bilik air setiap 15 minit. Bawa sicomel setiap 15 minit pada hari pertama dan disusuli dengan 30 minit pada 2 hari seterusnya.

9. 5 minit di mangkuk tandas/potty

Biarkan anak anda duduk di potty sekurang-kurangnya 5 minit setiap kali masuk ke bilik air. Bawa permainan atau apa sahaja yang menarik untunya bermain supaya dia kekal duduk di situ selama 5 minit.

10. Tanya anak anda

Tanya anak anda selang beberapa minit sekiranya sicomel hendak membuang air.

11. Hadiah (reward)

Sediakan sistem hadiah setiap kali anak anda berjaya mengekalkan seluar dalamnya supaya tidak basah. Antara reward yang anda boleh berikan seperti sticker,coin ataupun badges.

Untuk sistem reward ini, berikannya bagi tempoh dalam kurang sehari, dan panjangkan tempoh untuk reward bagi hari seterusnya.

12. Puji

Puji anak anda sekiranya sicomel berjaya membuang air di dalam bilik air/tandas. Ini boleh meningkatkan semangat dan memberi keseronokan dalam latihan ini.

13. Jangkakan accident

Anak anda mungkin ter accident. Apa yang anda perlu ialah kain dan mop untuk membersihkan kotoran dan air kencing anak anda. Anda perlu sabar untuk berjaya. 

14. Tunjuk perasaan anda

Tunjukkan anda gembira atau seronok sangat-sangat apabila anak anda berjaya mengunakan tandas dan tunjukkan anda sedih/kecewa (bukan marah) apabila anak anda gagal.

15. Alas tidur

Alaskan alas tidur/pad kalis air supaya tilam tidak basah.

16. Jangan putus asa.
Teruskan usaha sekiranya anda tidak berjaya. Untuk ajar anak bebas pampers atau ajar anak tak pakai pampers, apa yang penting jangan sesekali putus asa.
Facebook Comments