Teknik Hebat Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit (Wajib tahu)

Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit? Sembelit ialah satu masalah yang biasa dialami di mana ia menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesukaran buang air besar. Kesukaran membuang air besar memang sesuatu yang pasti akan menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa.

Antara sebab berlakunya sembelit ialah kurangnya air dlm badan, kurang serat dan pengambilan makanan yang tidak mengikut cara yang betul. Di sini kami ingin kongsikan petua dan cara bagaimana mengatasi sembelit. InsyaaAllah ianya akan berkesan untuk anda.

Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit

Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit

Antara Petua sembelit yang biasa digunakan oleh masyarakat melayu adalha seperti berikut:

Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit

1. Betik atau pisang

Bagi anda yang kerap mengalami masalah sembelit, anda boleh mencuba dengan memakan pisang mahupun betik dengan sekerap yang mungkin. Betik dan pisang memang terbukti dalam membantu pencernaan makanan.

2. Pisang Masak

Anda perlu mengambil 2 biji pisang yang sudah masak. Buangkan kulit pisang tersebut dan kisarkan bersama-sama secawan air. Amalkan meminum air kisaran pisang masak tadi dua kali sehari setiap hari.

3. Daun Gelenggang

Ambil daun gelenggang dan rebuskan ianya sehingga masak. Jadikan daun gelenggang yang telah direbus sebagai ulam-ulaman dan amalkan memakannya setiap hari.

4. Akar Temu Lawak

Penggunaan akar temu lawak dalam merawak sembelit juga terbukti berkesan. Anda perlu ambil akar temu lawak berserta dengan segenggam biji sawi. Rebuskan di dalam periuk sehingga mendidih. Setelah dimasak, biarkan sehingga ia sejuk. Kemudian anda perlu tapiskan dan minum airnya pada waktu pagi dan petang. Amalkan setiap hari dan lihat kesannya.

 

Semoga petua yang dikongsikan akan memberi sedikit sebanyak membantu bagi anda yang mengalami masalah sembelit.