5 Teknik dan Cara Memilih Ikan Segar & Elok (SURI RUMAH TIPS)

Cara memilih ikan segar. Setiap suri rumah perlu mahir dalam memilih ikan yang elok. Dengan teknik dan cara memilih ikan yang betul anda dapat menjamin suami dan anak-anak anda mendapat khasiat dan protein yang terbaik buat mereka itu. Disamping itu, ikan yang segar pasti menjadikan lauk yang anda masak menjadi enak dan lazat. Di sini kami kongsikan serba sedikit cara bagaimana mengenal ikan segar yang biasa digunakan dan sememangnya ilmu wajib yang patut semua suri rumah ketahui.
Cara Memilih Ikan Segar

Cara Memilih Ikan Segar

Cara Memilih Ikan Segar & Elok

1. Bau Ikan
Ikan yang elok tidak berbau busuk. Ikan yang segar berbau segar dan mungkin ada bau laut sedikit.
2. Mata Ikan
Ikan yang elok dan segar mempunyai mata yang jernih. Jika ianya ikan yang betul-betul segar, anda akan lihat matanya seakan bersinar-sinar dan cerah. Namun ini sekiranya ia baru naik dari laut memang anda akan melihat mata ikan tersebut bersinar-sinar.
3. Warna Badan Ikan
Warna ikan yang segar dan fresh berwarna terang dan nampak berkilat-kilat.
4. Isi Ikan
Ikan yang elok dan segar isinya tegang,anjal dan tidak lembik. Ikan yang sudah lama biasanya isinya lembik dan tidak anjal bila ditekan.
5. Insang
Selak insang pada kepala ikan dan lihat warnanya. Jika warnanya coklat gelap, itu menandakan ikan itu tidak segar. Itu adalah tanda-tanda ikan nak menjadi busuk. Seeloknya ambil ikan yang di dalam insangnya berwarna merah darah.
Semoga tips pilih ikan segar/petua memilih ikan segar ini dapat membantu anda memilih ikan terbaik untuk dimasak anda buat seisi keluarga.