SURI RUMAH YANG BERJAYA – 5 TIPS MENIAGA ONLINE HANYA DARI RUMAH

Konsep perniagaan internet atau perniagaan menerusi Internet dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kos tinggi atau modal yang besar mahupun pengalaman luas dalam perniagaan. Dengan hanya berbekalkan komputer atau telefon pintar dan Internet mereka sudah pun mampu membina perniagaan dan menjana pendapatan sendiri. Bahkan dalam Islam, urusan perniagaan tidak kiralah sama ada menerusi internet atau yang berpremis sebenarnya mempunyai kedudukan yang tinggi sehinggakan Rasulullah SAW menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan” (Hadis Riwayat Tirmizi). Oleh itu, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

TIPS MENIAGA ONLINE HANYA DARI RUMAH -Hiasan

TIPS MENIAGA ONLINE HANYA DARI RUMAH -Hiasan

Tips meniaga online hanya dari rumah ini boleh manjadikan anda seorang business online yang BERJAYA !

1) Target harian dan bulanan
Ramai orang tidak sedar sebenarnya target harian dan bulanan haruslah di tetapkan. Letakkan target yang minima dan kemudiaan naikkan sasaran secara perlahan-lahan. Kongsikan target bersama dengan suami / keluarga / pasangan agar mereka sama -sama membantu. Dengan cara ini anda akan lebih bersemangat dan focus pada target yang telah di tetapkan.

2) Komitmen keluarga
Pastikan urusan keluarga seperti urusan suami / anak di dahulukan sebelum memulakan rutin perniagaan online anda. Ini bagi membantu urusan perniagaan online anda menjadi lebih teratur. Pada permulaannya memang agak sukar, tetapi lama kelamaan akan menjadi satu kebiasaan dan lebih berdisiplin. Urusan perniagaan online anda juga tidak terganggu.

3) Perkhidmatan yang lebih professional
Kelebihan utama perniagaan kecil-kecilan dari rumah ialah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan boleh terus menghubungi pemilik sesuatu perniagaan dan perkhidmatan supaya dapat maklumat dan info lebih jelas antara pemilik perniagaan dan pelanggan. Layanan peribadi ini dapat meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti antara usahawan dengan para pelanggan. Biasanya, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan menjadi lebih personal dan rapat, para pelanggan akan sentiasa menjadikan anda sebagai pilihan utama mereka apabila ingin membeli produk atau menggunakan perkhidmatannya pada masa akan datang.

4) Lakukan perniagaan yang diminati
Antara tujuan memulakan perniagaan dari rumah adalah kerana ia adalah jauh lebih fleksibel dari segi masa yang anda perlu luangkan, termasuklah jenis perniagaan yang dijalankan. Dalam memulakan apa jua jenis perniagaan, pilih perniagaan yang anda minati. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda. Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadiakannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.

5) Lakukan rutin ‘to-do-list’
Sesetengah di antara kalangan anda tidak mengamalkan to-do-list dalam perniagaan online mereka. Sebenarnya tips ini sangat penting untuk mendisplinkan diri kita sendiri dan supaya untuk mengelakkan tidak bercelaru. Sebelum memulakan perniagaan online anda, disarankan agar melakukan perkara yang paling ‘berat’ sekali. Cuba selesaikan kesemua perkara yang ada di dalam list tersebut secepat yang mungkin. Disini lah pentingnya kenapa suri rumah yang berjaya kena bangun awal dari orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge