Resepi Sotong Masak Mamak

Sotong Masak Mamak adalah sangat mudah untuk disediakan dan kami pasti anda juga mampu menghasilkan Sotong Masak Mamak yang sedap dan lazat dengan mudah.

Sotong Masak Mamak

Sotong Masak Mamak

 

Bahan-Bahan Resepi Sotong Masak Mamak:-

2 labu Bawang Besar

10 Ulas Bawang Putih

5 ekor sotong

1/4 Rempah Kurma

1/4 Rempah Daging

1/4 Rempah Ikan

1 Biji Tomato

2 Helai Daun Pandan

1 Kiub Ikan Bilis

1 Batang Serai

 

Cara-cara Resepi Sotong Masak Mamak:

1. Bersihkan sotong dan asingkan.

2. 1 ulas bawang besar bersama 5 ulas bawang putih dikisar. Manakala sebahagian lagi dipotong untuk ditumis.

3. Potong nipis tomato.

4. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis iaitu bawnag besar, putih, tomato, serai diketuk dan daun pandan.

5. Kacau sehingga garing dan masukkan bahan kisar.

6. Kemudian, masukkan rempah kari ikan, kurma dan daging. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.

7. Setelah pecah minyak masukkan kiub ikan bilis.

8. Kacau rata. Masukkan sedikit gula dan garam.

9. Akhir sekali masukkan sotong. Biar sehingga masak.

10. Siap resepi sotong masak kari mamak anda!

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: