5 Sebab Pasukan Malaysia Kalah Kepada Singapura AFF Suzuki 2012

Penyokong dikecewakan dengan kekalahan teruk yang dialami oleh skuad Harimau Malaya. Kekalahan yang amat memalukan setelah lama jurulatih terhebat Malaysia K Rajagopal bereksperimen dengan pemain-pemain Malaysia. Nyata skuad pilihan rajagopal adalah skuad pada AFF 2012 kali ini telah mengecewakan para peminat tanah air. Di sini kita akan kupas beberapa sebab yang mengakibatkan skuad bola sepak Malaysia di ambang kekalahan.

 

Sebab Pasukan Malaysia Kalah

Gambar Edit di Facebook oleh peminat yang tidak berpuas hati

 

Kekalahan 0-3 kepada Singapura adalah kekalah terbesar setakat ini di dalam AFF Suzuki Cup bagi tahun 2012 dan sebagai tuan rumah ini adalah sesuatu yang amat memalukan. Kehadiran para peminat terutama kumpulan ULTRAS MALAYA juga menyatakan kekecewaan mereka terhadap prestasi pemain negara melalui sorakan dan nyanyian mengutuk  FAM demi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap badan induk tersebut. Lebih memalukan skuad Harimau Malaya turut dibolosi oleh penyerang Singapura yang berumur 42 tahun iaitu Alexander Duric dalam masa 2  minit selepas dimasukkan.

 

Video oleh ULTRAS MALAYA menunjukkan tidak kepuasan hati peminat pasukan kebangsaan atas kekalahan.

 

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

5 Sebab Pasukan Malaysia Kalah

#1 Goalkeeper

 

Khairul Fahmi dilihat tidak cergas dan refleks agak perlahan. Rajagopal menyalahkan penjaga gol namun pendapat ramai hanya melakukan satu kesilapan besar yang tidak sepatutnya. Gol yang selebihnya tidak dapat dielakkan kerana kerapuhan benteng pertahanan.

 

#2 Defender

 

Pertahanan amat mudah di bolosi dan marking terhadap pemain Singapura tidak ketat memudahkan pemain Singapura memasuki kawasan pertahanan pasukan Harimau Malaya.

 

# 3 Midfield

 

Kegagalan jentera tengah yang diketuai oleh Safiq Rahim dilihat tidak berfungsi dan beliau dilihat tidak mengemudi jentera tengah dengan baik di mana hantaran-hantaran panjang yang langsung tidak sampai ke sasaran. Harapan pada Amar Rohidan meleset sama sekali apabila pemain ini hanya berlari sepanjang padang tanpa melakukan sebarang gerakan dan hantaran yang berguna. Secara keseluruhan midfield tidak berfungsi dan setiap langkah mereka di anggap gagal melorongkan hantaran yang baik kepada penyerang negara bagi menjaringkan gol. Baca komen peminat berkaitan kegagalan Safiq Rahim Mengawal Permainan
sebab malaysia harimau malaya kalah

Eksperimen rajagopal mengundang kekalahan

 

# 4 Penyerang

 

Penyerang tidak mendapat bola dari tengah dan menyukarkan mereka untuk melakukan serangan bagi mendapatkan gol. Perlawanan malam tersebut dapat dilihat penyerang negara terpaksa turun sendiri ke bawah bagi mendapatkan bola.

 

# 5 Jurulatih

 

K. Rajagopal dilihat ketandusan idea dan taktik yang digunakan langsung tidak mmperlihatkan permainan bermutu. Kualiti pemain-pemain yang dipilih beliau boleh dipersoalkan dan ramai peminat mempersoalkan pemilihan yang hanya menggunakan seorang sahaja pemain daripada Juara Piala Malaysia iaitu kelantan yang dilihat mempunyai ramai pemain berkualiti untuk diserapkan di dalam skuad kebangsaan.

 

Secara keseluruhan semua peminat sudah muak dengan alasan kerana tiada kemenangan oleh pasukan negara setakat ini.Selain itu, alasan Rajagopal yang menyatakan semua perlawanan tanpa kemenangan sebelum ini adalah untuk tujuan eksperimen adalah meleset sama sekali selepas melihat skuad harimau malaya di baham oleh skuad singa. Selepas ini Skuad Dato’ Rajagobal bakal menentang pasukan Laos pada 28 November ini. Pada perlawanan sebelum ini Pasukan Laos berjaya mengikat Naib Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010 iaitu Indonesia dengan keputusan 2 – 2 pada aksi sama.
Facebook Comments

Comments

  1. By yas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *