Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis (Resepi) merupakan masakan biasa di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Penyediaannya amat mudah dan merupakan antara menu yang menjimatkan dan cepat untuk disediakan.

 

English Version

Fry Sambal Ikan Bilis (Recipes) is a common dish among the Malays in Malaysia. Preparation is very simple and is one of the save menu and quick to prepare.

 

Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Bilis:

 

15  Tangkai Cili kering

2 Labu Bawang Besar

300 gm Ikan Bilis

Asam Jawa

Garam

Gula

 

Cara-cara Masak Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis:

 

1. Ikan bilis digoreng. Tos dan asingkan.

2. Cili kering dipotong dan direndam air panas. Kemudian dikisar bersama 1 labu bawang besar dipotong kasar.

3. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar  sebentar tadi ke dalam kuali.

4. Kacau bahan kisar tersebut sehingga pecah minyak.

5. Perahkan asam jawa ke dalam kuali.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

7. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau rata.

 

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

 

8. Potong bulat bawang besar yang tinggal tadi. Masukkan ke dalam kuali. Biar sehingga masak.

9. Sambal ikan bilis anda sedia dihidangkan.

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: