Resipi Mee Goreng Sedap

Resipi Mee Goreng yang sedap sentiasa diidam-idamkan semua suri rumah. Ianya tidak sukar dan sangat mudah untuk dimasak. Semoga resipi ini dapat membantu anda di dapur dan di mana-mana sahaja. Good Luck dan semoga berjaya!!

 

Resipi Mee Goreng (BAHAN-BAHAN):-

 

Sebungkus Mee

5 ulas bawang putih

Cili boh

Udang/ ayam/daging ( pilihan)

Sawi

Sos Tomato

Kicap

Sos Tiram

Taugeh

 

Cara-cara Memasak Resipi Mee Goreng:

1. Mee dicuci dan ditoskan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dihiris nipis. Gaul sehingga garing.

3. Masukkan cili boh. Biarkan dan kacau sehingga masak.

4. Tambahkan bahan perisa seperti sedikit sos tomato, sos tiram dan kicap. Gaul rata.

5. Masukkan bahan basah ayam/ udang/ daging bersama batang sawi. Biarkan sehingga bahan masak dan lembut.

6.  Masukkan gula dan garam.

7. Masukkan mee yang dicuci tadi. Kacau rata.

8. Masukkan taugeh dan daun sawi. Gaul sehingga masak dan bahan lembut.

9. Sedia dihidangkan.

 

resipi mee goreng sedap

Resipi mee goreng sedap

 

Anda juga boleh menambah bahan hiasan seperti daun sup, daun bawang, tauhu goreng, telur dadar dan bawang goreng. 🙂 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge