Resepi Tomyam Campur (SEDAP)

Resepi Tomyam Campur (Bahan-bahan) :

4 ekor sotong

Udang (Kuantiti ikut suka)

1 ulas Bawang Putih

1 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah

2 inci halia

1-2 batang serai

3 helai daun limau purut

1 biji tomato

1 labu bawang besar

1/2 batang lobak merah-potong panjang

Air & garam secukupnya

 

Resepi Tomyam Campur

Resepi Tomyam Campur

 

Cara-cara Memasak Resepi Tomyam Campur:

 

1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak.

2. Tumis bawang putih, merah dan halia yang dipotong nipis.

3. Masukkan garam dan air secukupnya.

4. Masukkan lobak merah yang dipotong panjang.

5. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.

6. Kacau rata. Masukkan kiub tomyam, sotong, udang dan daun limau purut. Gaul.

7. Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar. Biar sehingga masak.