Resepi Telur Bungkus Mudah

Telur bungkus adalah kegemaran saya dan ianya adalah mudah untuk dibuat. Perkara pertama perlu dilihat ialah bahan-bahan di dalamnya. Lagi banyak bahan lagila sedap dan bermacam-macam rasa kita akan rasa. Di sini kami akan berkongsi akan resepi telur bungkus yang simple lagi sedap bersama dengan anda. Bagi bahan utama anda boleh memilih samaada telur bungkus anda diisi dengan ayam ataupun daging.

 

Bahan-bahan (Resepi Telur Bungkus Mudah)

Isi Ayam dipotong kecil (Anda juga boleh menggunakan daging cincang)

1 Timun bersaiz kecil (dipotong dadu)

1/2 Lobak (dipotong dadu )

1/2 Tomato (dipotong dadu)

Sedikit bunga kobis (dipotong kasar)

1 biji bawang merah (dicincang halus)

1 biji bawang putih (dicincang halus)

1 biji bawang besar  (dicincang kasar)

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar kicap manis

2 biji telur (dipukul)

Gula, garam dan Lada putih secukup rasa

Minyak masak

 

resepi telur bungkus simple

Resepi telur bungkus simple

 

Cara-cara Memasak Telur Bungkus / Resepi Telur Bungkus Mudah

  1. Pertama sekali, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan digoreng sehingga empuk.
  3. Masukkan semua sos,kicap, serbuk lada putih, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  4. Masukkan bawang besar, bunga kobis, tomato, timun dan lobak. Masak sehingga semua sayuran tadi layu. (sayuran ini boleh digantikan dengan sayur campuran/mix veggie)
  5. Angkat dan keluarkan dari kuali anda.

 

Salut Telur bungkus

  1. Bagi menyalut bahan-bahan yang kita masak tadi,  campurkan telur dan garam dan kacau sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan diisikan dengan sedikit minyak.
  3. Tuangkan telur yang telah dipukul tadi dan diratakan  dengan angkat sambil memusing-musingkan kuali anda dalam bentuk bulatan.
  4. Letakkan bahan yang telah anda masak sebelum ini samaada ayam atau daging ditengah-tengah telur.
  5. Bungkuskan ia sedia dan siap untuk dihidangkan. :)

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: