Resepi Sup Telur

Resepi Sup Telur ini memang sedap dan lazat. Kaedah penyediaan yang ringkas dan ia juga merupakan antara menu kegemaran admin dan anak sulung admin. Selamat mencuba

Bahan-bahan:

Telur
Isi dada ayam
Kobis Bunga
Lobak Merah
Daun Sup
Fucuk Kering
Bawang putih
Bawang Merah
Halia (penting)
Cili Merah
Garam
Air

Resepi Sup Telur

Resepi Sup Telur

Penyediaan Resepi Sup Telur:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
2. Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
3. Masukkan air. Tambahkan garam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kobis bunga dan lobak merah.
5. Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.
6. Biarkan sekejap sehingga telur masak.Masukkan daun sup dan fucuk kering.
7. Padam api. Sedia dihidang.