Resepi Spaghetti Goreng (Melayu Style)

Resepi Spaghetti Goreng Simple ini sesuai untuk semua, lebih-lebih kepada kanak-kanak kerana tidak pedas. Resepi ini sangatlah mudah dan tidak banyak bahan digunakan. So, selamat mencuba!

Bahan Resepi Spaghetti Goreng (Melayu Style) :

1/2 pek spaghetti  (direbus)

200gm daging kisar

2 biji tomato (potong dadu)

1 Biji Bawang besar  (potong dadu)

2 ulas bawang putih (potong dadu)

Sedikit cili boh

Sayur campur

Garam & Gula

IMG_3629[1]

Cara memasak Resepi Spaghetti Goreng :

  1. Panaskan minyak. Masukkan daging cincang.
  2. Setelah daging hampir masak, masukkan tomato, bawang putih, bawang besar dan sedikit cili boh. Kacau rata sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan sayur campur. Biarkan sehingga lembut, masukkkan sedikit gula dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan spaghetti. Kacau rata bahan tersebut.
  5. Sedia dihidang.