Resepi Siakap 3 Rasa

Siakap 3 Rasa (Bahan-bahan):-

1 ekor Ikan Siakap

5 Ulas Bawang Putih

3 Ulas Bawang Besar

2 biji Tomato

3 potong nenas

2 batang serai

2 helai daun limau purut

Sos tamoto, sos tiram, dan sos cili

Cili boh

Cili padi (ikut kepedasan diingini)

Tepung jagung

 

Cara Memasak Resepi Siakap 3 Rasa

1.  Ikan siakap dibersihkan dan dilumur dengan tepung jagung.

2. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan apabila sudah masak.

3. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili padi yang dipotong kecil bersama dengan sedikit cili boh.

4. Biarkan sehingga cili masak. Kemudian masukkan tomato, serai, nenas yang telah dipotong kecil.

5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili mengikut kuantiti kuah tadi.

6. Tambah sedikit air, masukkan gula dan garam sesedap rasa. Gaul rata semua bahan.

7. Koyakkan daun limau purut dan masukkan ke dalam kuah yang sedang dimasak tadi.

8. Tuang kuah ke atas ikan yang telah di goreng tadi maka siaplah hidangan resepi siakap 3 rasa anda yang pasti sedap.

 

Selamat Mencuba :)

 

 

resepi siakap 3 rasa tiga

 

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: