Resepi Sambal Telur Hancur

Resepi Sambal Telur Hancur ni memang terbaik. Resepinya ini sangatlah senang dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas.

Bahan-bahan :

15 Cili Kering

2 biji Bawang Besar

4 Biji Telur

Air Asam Jawa

Sedikit Gula

Sedikit Garam

Resepi Sambal Telur Hancur

Resepi Sambal Telur Hancur

Cara-cara Memasak Resepi Sambal Telur Hancur :

1. Cili Kering dikisar bersama sebiji bawang besar.

2. Panaskan minyak. Tuang bahan kisar.

3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

4. Masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan sedikit perahan air asam jawa.

6. Masukkan gula dan garam.

7. Pecahkan telur satu persatu. Biarkan seketika (2 minit) kemudian gaulkan kesemua telur (hancur).

8. Jika semua telur sudah masak dan sebati dengan sambal, tutuplah api. Sedia dihidang.