Resepi Sambal Sotong Berempah (Woww)

Resepi Sambal Sotong Berempah yang mudah dan sedap? Anda pasti ingin memcuba resepi ini buat makan tengahari atau makan malam anda. Sotong memang sedap dan sambal sotong memang sesuai sebagai menu makanan anda. Apa kata cuba resepi ini untuk suami dan anak-anak?

Resepi Sambal Sotong Berempah

Resepi Sambal Sotong Berempah Yang Mudah

Bahan Resepi Sambal Sotong Berempah:
1 kg sotong basah kerat 3 atau 4
2 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk teh ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 biji bawang besar – dipotong bulat @gegelang
1 biji cili hijau -dihiris serong
1/2 biji tomato -dipotong kiub
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa.

Resepi Sambal Sotong Berempah Yang Mudah

Cara Membuat Resepi Sambal Sotong Berempah:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih yang dicincang kasar tadi.
3. Kemudian, tumiskan ia sehingga naik bau dan bawang kelihatan layu dan bertukar warna.
4. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacaukan sehingga rata. Pastikan anda memasak menggunakan api yang sederhana sehingga cili menjadi garing atau terbit minyak.
5. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan putih dan garam masala. Kacaukan dan biarkan ia mereneh atas dapur dalam lebih kurang 1 minit.
6. Kemudian anda perlu masukkan sedikit air dan kacaukan.
7. Masukkan kicap lemak manis, sos tiram, perencah Maggi Cukup Rasa, gula dan garam secukup rasa. Masakkan ia sehingga kuah kelihatan mendidih.
8. Kemudian masukkan tomato.
9. Masukkan sotong. Kacau dan terbalikkan sehingga sotong bergaul sebati dengan kuah.
10. Setelah sotong itu masak, anda bolehlah masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat bersama dengan hirisan cili hijau. Kacaukan sehingga rata.
11. Ia telah sedia dihidang.

Terima kasih kami ucapkan kerana berminat dengan resepi sambal sotong berempah ini. Perkongsian resepi dan gambar kek oren ini adalah daripada CT Manis  Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian resepi kami yang lain iaitu Resepi Gulai Telur Mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge