Resepi Sambal Kicap Pedas Sedap

Resepi sambal kicap pedas biasanya merupakan campuran kicap dan cili sebagai bahan utama yang selalu dihidangkan bersama-sama dengan ikan bakar, ulam, sup, bihun sup, sup tulang,  soto johor atau nasi berlauk dan sebagainya sebagai perasa tambahan. Di sini kami ingin kongsikan dengan anda cara membuat resepi sambal kicap pedas dengan cara yang mudah dan cepat.

 

resepi sambal kicap sedap pedas

Resepi sambal kicap sedap pedas

 

Bahan Resepi Sambal Kicap Pedas

6 Cili merah (Berdasarkan tahap kepedasan diingini)

7 Cili api (Berdasarkan tahap kepedasan diingini)

2 biji bawang besar

1/2 cawan kicap

6 biji limau kasturi

Garam sesedap rasa

 

Cara Membuat Resepi Sambal Kicap Pedas Mudah & Cepat

  1. Hiris cili merah dan cili padi halus-halus.
  2. Potong bawang besar dalam bentuk dadu kecil.
  3. Semua bahan yang telah dipotong tadi dimasukkan ke dalam mangkuk.
  4. Perahkan limau kasturi yang telah anda sediakan.
  5. Tuangkan kicap dan gaul semuanya sehingga rata.
  6. Resipi Sambal kicap pedas anda yang sedap sudah siap dan sedia dihidangkan.
  7. Selamat mencuba ye. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge