Resepi Sambal Kentang

Resepi Sambal Kentang Khas Buat Anda. Suami saya memang hantu kentang.. Kalau masak letak kentang sila lah letak lebih dari 3 biji. Sebab nanti memang tak cukup berebut dengan anak pulak. So, hari ni nak share resepi sambal kentang yang kering-kering tu. Sedap tau..

Bahan-bahan :

4 Biji Kentang (Potong panjang mcm wedges)
5 Tangkai Cili Kering (Dikisar)
1 Biji Bawang Besar (Dikisar)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa

Cara Memasak Resepi Sambal Kentang:

1. Gaulkan kentang dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Gorengkan kentang yang dipotong panjang tadi. Goreng sehingga masak.
2. Angkat dan toskan kentang tadi. Ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak
4. Perahkan sedikit air asam jawa.
5. Masukkan sedikit gula dan garam.
6. Padamkan api. Akhir sekali masukkan semula kentang yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
Resepi Sambal Kentang

Resepi Sambal Kentang

Facebook Comments