Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang (Sedap & Mudah)

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang yang sedap? Di sini kami kongsikan khas buat anda bagaimana cara mudah buat resepi sambal ikan bilis dengan kentang yang umpphh dan sodap sehingga menjilat jari. Pasti tak menyesal setelah mencuba resepi ini. Resepi ini adalah perkongsian daripada Cik Melur Adilah. Semoga beliau berkongsi lagi resepi dengan kita semua.

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang

Sambal Kentang dengan Ikan Bilis

Bahan resepi sambal ikan bilis kentang

Ikan bilis
2 biji kentang (dipotong panjang)
1 Biji bawang besar (dihiris)
6 Tangkai cili kering (direndam & diblender)
Sedikit air asam jawa

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang (Sedap)

1. Goreng ikan bilis dan toskan. Ulang perkara yg sama pada kentang.
2. Dengan menggunakan minyak yg sama, tumis cili kering yg telah dikisar.
3. Masukkan bawang.
4. Biarkan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sedikit air asam.
6. Masukkan sedikit garam dan gula.
7. Tutup api. Biarkan sejuk seketika.
8. Masukkan ikan bilis dan kentang yg digoreng tadi.
9. Gaul rata. Siap.

Memang sedap dan sekiranya anda telah mencuba resepi ini boleh sharekan samaada ianya sedap atau tidak. Komen anda sangat kami hargai bagi kami menambahkan lagi resepi di dalam artikel Bagaimana Malaysia. Selain itu anda mungkin juga berminat membaca artikel berkaitan dengan Resepi Sambal Sotong Berempah

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *