Resepi Sambal Goreng Kentang

Sambal goreng kentang adalah antara lauk kegemaran saya dan biasanya sambal kentang kering,tempe dan sebagainya. Di sini kami ingin berkongsi cara memasak sambal goreng kentang yang mudah dan sedap.

 

Bahan sambal goreng kentang

4 biji kentang (Jumlah mengikut kehendak anda)

Gula

Garam

Cuka

Minyak Masak

 

Bahan Kisar

12 tangkai cili kering (Mengikut Tahap Kepedasan)

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

 

sambal-goreng-kentang-sedap-mudah

sambal-goreng-kentang-sedap-mudah

 

Cara Memasak Sambal Kentang

1. Buang kulit dan potong kentang seperti wedges.

2. Basuh kentang yang telah anda potong tadi.

3. Panaskan minyak masak dan goreng kentang anda sehingga masak.

4. Asingkan separuh daripada minyak masak yang dimasak tadi.

5. Tumiskan semua bahan kisar bersama-sama sehingga pecah minyak.

6. Masukkan garam, gula secukup rasa dan satu sudu teh cuka. Kacau sehingga rata.

7. Masukkan kentang goreng yang telah digoreng dan gaul masak sehingga rata.

8. Sambal goreng kentang anda sudah siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: