Resepi Pulut Kuning & Rendang Daging

Resepi Pulut Kuning & Rendang Daging

Memang sedap dan special. Amat mudah disediakan dan merupakan antara menu kegemaran admin.

2 Cawan Beras Pulut Susu

1 Cawan Air Panas

1 Cawan Santan

2 inci Halia (Hiris Nipis)

2 Sudu Serbuk Kunyit

1 Sudu kecil garam

Resepi Pulut Kuning

Resepi Pulut Kuning

Cara Memasak Resepi Pulut Kuning & Rendang Daging :

  1. Bersihkan beras pulut. Toskan. Masukkan kedalam rice cooker.
  2. Masukkan air panas dan santan.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
  4. Taburkan halia yg dihiris nipis.
  5. Masak dalam rice cooker. (Tekan button untuk masak)
  6. Kacau dan gaul rata pulut tersebut apabila sedang mendidih (Hint : Asap keluar)
  7. Kemudian tunggu sehingga masak. Siap!
  8. Boleh dimakan dengan rendang, kelapa manis or apa2 je. Senang kan?

 

 

Resepi Rendang Daging Simple

Bahan -bahan :

300gm daging (potong nipis)

3 batang serai (kisar)

2 biji bawang besar  (kisar)

3 ulas bawang putih   (kisar)

3 inci halia  (kisar)

3 inci lengkuas  (kisar)

10 Tangkai cili kering  (kisar)

1 cawan santan

daun kunyit (hiris nipis)

Cara-cara Masak Rendang Daging Simple:

  1. Tuangkan bahan kisar dalam kuali.
  2. Masukkan daging.
  3. Masak sehingga daging empuk. ( Tambah air jika belum empuk)
  4. Masukkan santan dan gaul rata.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Taburkan daun kunyit yang dihiris nipis. Siap!