Resepi Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Anda pernah makan resepi pucuk ubi masak tempoyak. Jika anda belum inilah masanya mencuba resepi tradisional yang memang terbukti sedap dan bakal melelehkan air liur anda. Aroma dan rasanya pasti membuatkan anda teringinkannya lagi.

Bahan bagi resepi Pucuk Ubi Masak Tempoyak:

1/2 ikat pucuk ubi direbus (dibuang air)

1 helai daun kunyit dihiris nipis

1/2 cawan ikan bilis

1 helai petai

2 batang serai (dihiris nipis)

1 1/2 cawan santan

1/2 cawan tempoyak

8 biji cili api (dikisar)

1 cm kunyit (dikisar)

1/2 cawan air

Garam secukup rasa

Resepi Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Resepi Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Resepi Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Cara-cara masak pucuk ubi:

  1. Masukkan pucuk ubi, daun kunyit, petai dan serai bersama campuran bahan kisar (cili padi & kunyit) dalam kuali yang dipanaskan. Kemudian tuang santan ke dalam kuali tersebut.
  2. Gaul rata sehingga daun mengecut. Kemudian masukkan ikan bilis dan terus memasak atas api yang sederhana.
  3. Tambah air sedikit dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Akhir sekali, tambahkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api. Hidangkan bersama nasi panas.

Resepi pucuk ubi ini memang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Apa kata anda cuba dan lihat hasilnya. Selamat mencuba dan jika anda berjaya sila tinggalkan komen di bawah 🙂

Anda mungkin juga berminat dengan resepi kami yang lain iaitu Resepi Ikan Masak Lemak Cili Api

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge