Resepi Pizza Roti Gardenia

Resepi Pizza Roti Gardenia ni simple sangat. Ni buat sebab nak habiskan barang-barang sejuk beku dan roti yang nak expired. Hehehe. Jadi bahan pun meriah sangat. Kalau ada bahan lain boleh je add on atas roti tu lagi menarik. Terimalah resepi tak seberapa ini..

Bahan Resepi Pizza Roti Gardenia:

Roti Gardenia

Sos Tomato

Sos Cili

Cheddar cheese/ Mozarella cheese

Sosej/ Ayam

Sayur Campur

Daging Cincang

 

Resepi Pizza Roti Gardenia

Pizza Belum Bakar, Lepas Bakar Lupa Amik Gambar

Cara Memasak Resepi Pizza Roti Gardenia:

1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.

2. Sapu sos tomato dan sos cili ke atas kepingan roti tadi. (Kalau budak2 letak sos tomato lebih)

3. Letak sosej, daging cincang,sayur campur ke atas roti. (Boleh letak bahan lain seperti cendawa

4. Taburkan cheese untuk buat rasa lebih mengancam.

5. Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.