Resepi Perkedel Kentang Daging (Bergedel Sedap)

Resepi perkedel kentang daging ataupun lebih dikenali sebagai bergedel kentang/daging merupakan suatu juadah tambahan kepada makanan berasaskan sup seperti soto dan sebagainya. Cara membuat perkedel kentang daging ini amat mudah dan kami inigin berkongsi resepi bergedel mudah lagi sedap ini untuk anda cuba.

 

Cara membuat resepi perkedel kentang daging

Cara membuat resepi perkedel kentang daging

 

Bahan Utama Perkedel Kentang /Daging /Bergedel Daging

 

200g daging kisar

500g kentang (Rebus dan dihancurkan)

2 biji telur yang dipukul

1/2 cawan bawang goreng

2 daun sup yang dimayang halus

2 daun bawang yang diracik halus

1 sudu makan tepung jagung

1 sudu teh lada sulah

Minyak dan garam secukup rasa

 

Cara membuat perkedel kentang/ resepi perkedel kentang mudah sedap

 

  1. Ambil semua bahan dan gaulkan bersama kecuali minyak dan telur.
  2. Adunan dibentuk menjadi bentuk bulat dan dileperkan.
  3. Celupkan adunan yang telah dibentuk itu ke dalam telur yang telah siap dipukul.
  4. Gorengkan bergedel kentang anda sehingga masak.
  5. Angkat dan bergedel / perkedel kentang daging anda sedia dihidangkan.
  6. Selamat mencuba ye resepi perkedel kentang sedap dan mudah ini. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge