Resepi Parpu Telur (Dal telur)

Resepi Parpu telur ini dikongsikan khas buat anda. Memang sedap dan syok bila dapat merasa parpu telur.

Bahan-bahan :
1/4 cawan kacang dal (rendam 1-2 jam)
3 biji kentang
1/2 paket rempah ketam
2 cm halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
4 biji telur
2/4 camca teh serbuk kunyit
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT :
1/2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 tangkai cili kering (Potong serong)
1/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
Resepi Parpu Telur

Resepi Parpu Telur

Cara Resepi Parpu Telur:

1. Rebus kacang dal hingga lembut, masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk.
2. Masukkan bahan-bahan kisar, rempah ketam dan sedikit serbuk kunyit.
3. Masukkan santan. Kacau supaya santan tidak berketul.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. Biarkan seketika sehingga telur masak.
6. Untuk tumis darat, panaskan sedikit minyak didalam kuali asing, masukkan bahan-bahan tumis darat dan goreng sehingga garing.
7. Kemudian, tuang bahan tumis darat yang digoreng tadi ke dalam kuah dal tadi. Siap!
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis darat dan goreng hingga harum, matikan api dan tuang ke dalam peiuk tadi. Boleh dihidangkan..

Facebook Comments