Resepi Nasi Impit Goreng

Nasi Impit Goreng yang sedap dan kebanyakannya di masak di negeri Johor. Resepi yang jarang dijumpai dan boleh dikategorikan sebagai rare resepi.

Bahan Nasi Impit Goreng

7 Ketul Nasi impit (potong dadu)

Daun sup

Fishball

Fishcake

1 biji bawang besar (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

6-7 biji cili padi  (ditumbuk)

sedikit udang kering (ditumbuk)

sedikit ikan bilis (ditumbuk)

sedikit belacan(ditumbuk)

 

 

Resepi Nasi Impit Goreng

Resepi Nasi Impit Goreng

 

Cara Masak :

1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk.

2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan sedikit gula dan garam.

4. Bila bahan tumis hampir kering, masukkan kesemua nasi impit , fishball, fishcake dan  daun sup yang dipotong.

5. Gaul dan ratakan. Sedia dihidang.

Kredit resepi: Johanna Ahmad
https://www.facebook.com/asrafanna.aiman?ref=ts&fref=ts