Resepi Nasi Goreng Cina Simple

Resepi Nasi Goreng Cina Simple ini sesuai untuk semua, lebih-lebih kepada kanak-kanak kerana tidak pedas. Resepi ini sangatlah mudah dan tidak banyak bahan digunakan. So, selamat mencuba!

Bahan Resepi Nasi Goreng Cina Simple:

2 Mangkuk Besar Nasi (Disejukkan)

200 gm Udang (Bersihkan)

1 Biji Bawang Besar (Dihiris)

5 Ulas Bawang Putih (Dihiris)

Sayur Campur

2/4 Biji Kobis (dipotong)

2 Besar Sudu Mentega

2 Biji Telur

Lada Sulah

Garam

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina

 

Cara Memasak Resepi Nasi Goreng Cina Simple:-

  1. Gaulkan mentega, sedikit garam, sedikit lada sulah dan nasi yang disejukkan. Ratakan.
  2. Panaskan minyak. Tumis udang, bawang putih dan besar yang dipotong tadi, Kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian pecahkan telur kedalam bahan tumis tadi. Hancurkan. Kacau sehingga telur masak.
  4. Masukkan nasi sejuk yang digaulkan mentega dan garam diawal tadi. Ratakan.
  5. Masukkan kobis dan sayur campur. Kacau rata.
  6. Biarkan sehingga masak. Sedia dihidang.

 

Facebook Comments