Resepi Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam

 

Bahan – Bahan Untuk Sup Nasi Ayam :-

1 Ekor Ayam ( di potong-potong)

2 Ulas Bawang Besar

4 Ulas Bawang Putih

3 cm Halia

Rempah 4 Sekawan (Sup Bunjut)

Kiub Ayam

Garam

Daun Sup

Daun Bawang

Bawang Goreng

 

Cara-cara Membuat Sup Resepi Nasi Ayam :

1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

2. Masukkan ayam yang telah dipotong-potong ke dalam periuk. Tuang bahan kisar tadi beserta air.

(Kuantiti air mengikut kuantiti ayam)

3. Masukkan rempah 4 sekawan (sup bunjut) dn kiub ayam.

4. Rebus sehingga masak.

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Kaut ayam dari sup tersebut untuk tujuan perapan.

7. Potong daun sup dan bawang kasar untuk ditaburkan ke dalam sup bersama bawang goreng.

 

Bahan – Bahan Perap Ayam (bahan resepi nasi ayam):

Kicap

Sos Tiram

2 Camca Madu (jika ada)

1 Ekor Ayam ( Ayam yang direbus tadi)

 

Cara-cara Perapan Ayam :

1. Ayam yang dikaut tadi dimasukkan ke dalam satu bekas.

2. Tuangkan kicap, sos tiram dan 2 camca madu (jika ada). (Kuantiti adalah mengikut ayam)

3. Perapkan selama 20 minit.

4. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga garing.

5. Lebihan air dari perapan ayam tadi dimasukkan ke dalam kuali dan dibiarkan sehingga masak.

6. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.

 

Bahan-Bahan Sos Nasi Ayam :

10 Biji Cili Merah

4 Biji cili Padi

Cuka

Sos Cili

Sup Ayam

Gula

Garam

 

Cara-cara Membuat Sos Nasi Ayam :

1. Buangkan biji cili merah tersebut.

2. Kisarkan cili merah, cili padi dengan menggunakan air rebusan ayam (sup) tadi.

3. Setelah halus, angkatkan dan tuangkan ke dalam satu bekas.

4. Masukkan cili sos dan sedikit cuka. Kacau rata.

5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

 

Bahan-bahan untuk Nasi :

Beras

Air

Sup Ayam

3 Ulas Bawang Putih

2 Helai Daun Pandan

Butter / Marjerin

Garam

 

resepi nasi ayam

 

Cara- Cara Nasi :

1. Tumis bawang putih dan daun pandan dengan marjerin/butter.

2. Beras dibasuh. Toskan air dari beras tersebut.

3. Sukat beras dan masukkan air rebusan ayam ( sup) sama dengan sukatan beras.

4. Masukkan garam ke dalam beras tersebut.

5. Biarkan sehingga masak.

 

Hidangan tambahan :

Tomato

Timun

Daun Salad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge