Resepi Murtabak Mudah

Resepi Murtabak Mudah.

Wahhh. Kalau pergi pasar malam. Murtabak adalah benda tak miss untuk dibeli. Apa kata simpan duit tu dan buat sendiri. Buat sendiri ni boleh dapat banyak dan boleh difrozenkan. Jadi kita dah jimat Rm 3.00. Yeay!! Jom kita tengok resepi. Mudah je sebab saya guna kulit roti jala, kalau kulit roti canai remeh sikit. Sama je rasa dia. Sori gambar tak cantik. tapi rasa marbelesss okeh!

Bahan-bahan Inti Murtabak :

500 gm kilo daging cincang / ayam cincang (Terpulang)
2 biji kentang (potong dadu)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
Setengah inci halia (tumbuk)
1 Bungkus rempah kari daging
2 sudu besar rempah kurma / rempah sup
1 kiub ayam
Minyak masak
Air
Sedikit garam garam
Sedikit gula
Daun sup

Cara-cara :

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan daging tadi.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk kurma, sedikit air dan kentang yang dipotong dadu tadi.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Masak sehingga airnya agak kering.
5. Masukkan daun sup dan sejukkan.

Cara-cara bentukkan murtabak :

1. Potong nipis bawang besar. Ketepikan.
2. Pecahkan sebiji telur dalam satu bekas. Kemudian ambil inti daging yg telah disejukkan dalam 2-3 sudu (ikut selera) dan campurkan dengan bawang yg telah dipotong tadi.
3. Tuangkan minyak sedikit atas kuali leper.
4. Masukkan bancuhan telur dan inti daging tadi.
5. Masakkkan sehingga 3/4 masak.
6. Bentukkan ikut segiempat atau bulat. (ikut selera)
7. Ulang sehingga inti habis.
8. Ketepikan inti untuk dimasak dengan kulit pula.

Resepi Murtabak Mudah

Resepi Murtabak Mudah

Bahan-Bahannya untuk Kulit Murtabak:(Saya guna kulit roti jala sebab nak kulit roti canai remeh)

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

Kisarkan semua bahan di atas hingga sebati.

Cara buat murtabak :

1. Ambil tepung yang dibuat menjadi kulit tadi dalam satu senduk dan tuang kedalam non stick kuali.
2. Ratakan dalam kuali dan kemudian masukkan inti murtabak kedalam kulit tersebut.
3. Bungkuskan kulit bersama inti tadi.
4. Renjiskan sedikit minyak.
5. Balik-balikkan murtabak tersebut sehingga masak.
6. Ulang sehingga selesai.

* Boleh juga guna kulit popia sebagai kulit murtabak