Resepi Mee Rebus Sedap & Mudah
Resepi Mee rebus biasanya merupakan masakan yang sesuai dimakan semasa panas dan amat diminati ramai. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana memasak resepi mee rebus yang sedap,simple dan cepat.
Bahan-Bahan – Resepi Mee Rebus
200g mee kuning (Dicelur bersama dengan taugeh)
100g taugeh(Dicelur bersama dengan mee kuning)
1/2 keping cucur udang
100g sambal sotong kembang
5g HKchoy sum
120g udang
1/2 keping tauhu goreng -dipotong
1 telur rebus
Bahan-Bahan Kuah – Resepi Mee Rebus
150g kentang putih (direbus dan kisar bersama kentang kuning)
150g kentang kuning (direbus dan kisar bersama kentang putih)
50g cili boh
30g udang kering yang telah dikisar bersama bawang besar
100g bawang besar dikisar bersama 100g serai
30g daun pandan
Garam,gula dan sos tomato secukupnya
>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

Resepi mee rebus sedap
Cara Membuat/Memasak Resepi Mee Rebus
- Pertama bagi memasak mee rebus resepi, masakkan semua bahan Kuah iaitu bahan B sehingga naik bau bersama kentang yang telah siap dikisar.
- Setelah masak, campurkan sedikit sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau semua bahan yang telah dimasukkan tadi dan biarkan kuah itu menggelegak sehingga masak.
- Kuah anda telah siap dan sedia dihidangkan dengan mee kuning dan bahan A.
- Hidangkan dan makan mee rebus anda semasa ia masih panas bagi mendapat rasa yang terbaik.