Resepi Mee Ketam Sedap

Resepi Mee Ketam special sedap lagi mudah. Sebenarnya semua benda nak makan ni boleh dibuat dirumah. Cuma memerlukan kerajinan. Hari tu beli ketam terlebih pulak.. So, teringat mee ketam mak.. jadi try la buat.. Meh nak share resepi.

Bahan resepi mee ketam :-

1 Bungkus Mee (celur)
5 Ulas Bawang Putih (potong nipis)
1 Biji Tomato (potong nipis)
3 ekor Ketam (Disiang)
4 Sudu cili boh
4 Sudu Tomato Sup
3 Biji Telur
1/2 Kiub Ayam
Sos Tiram
Kicap
Sawi
Air
Taugeh

Hiasan :
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng
Tauhu (digoreng)

resepi mee ketam

resepi mee ketam. Ketam tersorok pulak…

Cara Masak Resepi Mee Ketam :

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih bersama tomato yang dipotong nipis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh. Biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air (ikut hidangan). Kemudian masukkan tomato sup, sedikit kicap, sos tiram dan ketam. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan sedikit gula dan garam. (kalau ada kiub ayam boleh masukkan sedikit)
5. Pecahkan telur satu persatu. Biarkan sehingga telur masak (untuk kepekatan kuah)
6. Akhir sekali masukkan sawi dan taugeh dan biarkan sekejap sehingga masak.
7. Sedia dihidang bersama mee dan bahan hiasan. Mudahkan!