Resepi Mee Belacan Simple (Sedap)

Resepi Mee Belacan Simple (Sedap) ini adalah resepi yang memang unik dan sangat susah untuk dijumpai. Namun rasanya memang lazat dan menyelerakan.

Bahan Resepi Mee Belacan :

1 Biji Bwg merah (Tumbuk)
2 ulas Bwg putih (Tumbuk)
2 biji Cili merah(Tumbuk)
5 Biji Cili padi (Tumbuk)
2 inci  belacan (Tumbuk)
200gm Ayam (Dada)
Mee Wantan (Celur)
Sedikit Minyak bijan
Resepi Mee Belacan Rare

Resepi Mee Belacan Rare

** Atas sebab tidak dapat dielakkan isteri admin terlupa snap gambar mee belacan yang telah siap**

Cara Memasak Resepi Mee Belacan Simple

1. Tumbuk semua bahan yang [erlu ditumbuk.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga masak.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam ayam. Gaul rata,
4. Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan dengan rasa.
5. Masukkan mee wantan ke dalam kuali. kacau sehingga masak.
6. Akhir sekali, masukkan minyak bijan ke dalam mee tersebut.
7. Sedia dihidang.