Resepi Mee Bandung Mudah

Resepi Mee Bandung Mudah dan sedap untuk anda cuba di rumah. Kami kongsikan khas untuk anda cuba.

 

Resepi Mee Bandung Mudah sedap

Resepi Mee Bandung Mudah sedap

Bahan Resepi Mee Bandung:-

1 Bungkus Mee

300 gm daging (Dihiris nipis dan direbus) / Udang  ( Direbus)

3 Sudu Tomato Puree

Sawi (Asingkan batang dan daun)

3 sudu sos tiram

5 ulas bawang putih (dicincang)

4 Sudu Cili Boh / Giling

Taugeh

2 Sudu tepung jagung (dibancuh)

3 Biji Telur

4 Cawan Air (air rebusan daging / udang)

Sedikit gula dan garam secukup rasa

 

Cara Masak Resepi Mee Bandung Mudah :

1. Tumis bawang putih yang dicincang. Kemudian masukkan cili boh / giling. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air  rebusan daging / udang yg direbus awal tadi.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

2. Kemudian, masukkan tomato puree, sos tiram, daging / udang yang direbus tadi dan batang sayur sawi.

3. Biarkan sehingga daging / udang empuk. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

4. Pecahkan telur ke dalam kuah tadi. Biarkan sehingga masak. Hati-hati dengan telur jangan biar pecah didalam kuah.

5. Kemudian, masukkan mee, sawi dan taugeh. Gaul rata semua.

6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk kepekatan kuah.

7. Mee bandung mudah and sedia dihidang.

 

Hiasan Resepi Mee Bandung;

1. Daun sup & Daun Bawang

2. Bawang Goreng

3. Kacang Merah

4. Cili Merah

5. Limau Kasturi

6. Tauhu

7. Hirisan tomato.

Facebook Comments