Resepi Lontong Sedap

Resepi lontong ini adalah makanan tradisi negeri sebelah selatan. Walaubagaimanapun, resepi ini telah edit mengikut citarasa tekak utara kerana isteri saya orang utara.. so, takde la tempe tauhu semua.. tapi kalau nak letak takde masalah.. hehe. Jadi mari kita tengok bahan dan cara-caranya.

Bahan Resepi Lontong

1 Biji Bawang Besar

2 batang serai

Daun Kunyit

1/4 biji sengkuang (dipotong panjang)

1 bji terung panjang

7 batang Kacang buncis

1 biji lobak merah (dipotong panjang)

1/4 biji Kobis

2 Keping fucuk kering

Sedikit Tauhun/ Soon

1 biji cili merah

1 kotak kecil  Santan (pakai ayam brand best sikit)

1/2 jug air

Sedikit udang kering

resepi lontong sedap mudah

resepi lontong sedap mudah

Cara Buat Resepi Lontong:

1. Panas sedikit minyak. Tumis bawang besar dan serai.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

2. Masukkan udang kering, kacang buncis, sengkuang lobak merah dan kobis.

3. Kacau bahan-bahan dimasukkan tadi. Masukkan air.

4. Agak bahan tadi hampir lembut, masukkan daun kunyit, terung dan cili merah.

5. Masukkan santan, fucuk kering dan tauhun.

6. Masukkan sedikit garam. Sesuaikan dengan rasa dan kepekatan.

7. Padamkan api. Sedia dihidang.

 

**Bolehlah dihidang bersama nasi impit, sambal ikan bilis, serunding dan kuah kacang.

Sambal Ikan Bilis – http://bagaimana.com.my/sambal-tumis-ikan-bilis/

Kuah Kacang – coming in half an hour..

 

Facebook Comments