Resepi Lala Goreng Pedas

Resepi Lala Goreng Pedas adalah salah satu makanan kegemaran jika sesebuah keluarga itu makan di luar. Biasanya di order semasa di restoran makanan laut atau restoran ikan bakar.

1 kg Siput Lala

2 Biji Bawang Besar (Dikisar)

4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)

5 Biji Cili Merah (Dikisar)

Garam

Minyak

 

Cara-cara Memasak Resepi Lala Goreng Pedas:

1. Rendam lala dan kemudian bersihkan. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar tadi untuk ditumis.

3. Apabila bahan ditumis sudah garing, masukkan lala tadi dan kacau rata. Biarkan selama 15 minit.

4. Siap dihidang!!

resepi lala goreng pedas