Resepi Laksa Penang

Resepi laksa penang merupakan kegilaan ramai dan laksa penang amat berbeza dengan laksa-laksa negeri lain. Bagi memasak laksa penang ini sebenarnya tidak sukar sekiranya anda tahu kaedah dan caranya. maklumat lanjut berkaitan laksa penang di sini sumber.

Resepi Laksa Penang

 

Bahan -bahan  (Untuk kuah):

 

1kg Ikan Kembong/Sardin

1 Ekor Ikan Tongkol

Serai

Lengkuas

Cili Kering

Bawang Besar

Bawang Putih

Bunga Kantan

Nanas

Daun Kesum

Daun Pudina

Asam Keping

Belacan

Kicap

Garam

 

resepi laksa penang

Resepi laksa penang ORI

 

Cara-cara (Untuk kuah) Resepi Laksa Penang ORI:

 

1. Ikan kembung dan ikan tongkol dicuci bersih dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam selama 10 minit. Seterusnya, ikan diangkat dan ditoskan. Asingkan bahagian isi dan bahagian tulang ikan. Bahagian isi dan bahagian tulang ikan dikisar secara asing. Bahagian isi yang dikisar dituang masuk ke dalam periuk. Manakala bahagian tulang yang dikisar perlu ditapis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

2. Cili kering, bawang besar dan bawang putih dikisar halus kemudian di masukkan juga ke dalam periuk yang berisi ikan tadi.

3. Ketuk serai dan lengkuas. Masukkan dalam kuah tersebut.

4. Ambil bahagian tengah nanas (batang), potong kasar dan masukkan ke dalam kuah tersebut.

5. Kisar kicap dan belacan. Masukkan ke dalam kuah.

6. Akhir sekali, masukkan daun pudina, daun kesum, bunga kantan dan asam keping dalam kuah tersebut.

7. Garam secukup rasa.

 

Bahan -bahan (Untuk hiasan) :

 

 

Laksa

Bawang besar

Nanas

Bunga Kantan

Salad

Daun Selom

Timun

Cili Merah / Cili Padi

Limau Nipis

Telur (direbus)

Petis Udang

 

Cara -cara ( Untuk Hiasan) :

 

1. Laksa direbus.

2. Semua bahan diatas dipotong nipis.

3. Petis udang dimasukkan ke dalam laksa untuk menyedapkan rasa.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: