Resepi Kuey Teow Goreng Sedap

Resepi Kuey Teow Goreng adalah merupakan sejenis masakan yang berasal daripada masakan cina. Kuey teow ataupun mi tiaw amat terkenal di kalangan rakyat malaysia adalah dihasilkan daripada beras dan cukup popular di negara Asean. Ia sedap dimakan bersama dengan lada jeruk dan bawang goreng.

 

Resepi Kuey Teow Goreng (Bahan-Bahan)

Sebungkus Kuey Teoww

5 ulas bawang putih

Cili boh

Udang/ ayam ( pilihan)

Sawi

Sos Tomato

Kicap

Sos Tiram

Taugeh

 

Cara-cara Memasak Resepi Kuey Teow Goreng Sedap:

1. Kuey Teow dicuci dan ditoskan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dihiris nipis. Gaul sehingga garing.

3. Masukkan cili boh. Biarkan dan kacau sehingga masak.

4. Tambahkan bahan perisa seperti sedikit sos tomato, sos tiram dan kicap. Gaul rata.

5. Masukkan bahan basah ayam/ udang bersama batang sawi. Biarkan sehingga bahan masak dan lembut.

6.  Masukkan gula dan garam.

7. Masukkan Ketiaw yang dicuci tadi. Kacau rata.

8. Masukkan taugeh dan daun sawi. Gaul sehingga masak dan bahan lembut.

9. Sedia dihidangkan.

 

Resepi Kuey Teow Goreng Sedap

Resepi Kuey Teow Goreng Sedap

 

Bagi Resepi Kuey Teow Goreng ini anda juga boleh menambah bahan hiasan seperti daun sup, daun bawang, tauhu goreng, telur dadar dan bawang goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge