Resepi Kuah Kacang (SEDAP)

Resepi kuah kacang ini khas buat anda semua. Resepinya amat mudah dan kuah kacang ini memang sedap. Dikongsikan bahan-bahan utama dan bagaimana cara membuat kuah kacang yang pasti anda tidak sangka semudah ini.

 

1 Biji Bawang Besar

15 Tangkai Cili Kering

500gm Kacang tanah

2 Batang serai

Gula

Garam

resepi kuah kacang

resepi kuah kacang

Resepi kuah kacang:

1. Goreng Cili kering. Ketepikan dan toskan.

2. Kemudian goreng kacang tanah sehingga rangup dimakan. Toskan.

3. Kisar cili kering yg ditoskan tadi bersama bawang besar. Ketepikan.

4. Kisar kasar kacang tanah yang digoreng sebentar tadi,

5. Panaskan minyak. Masukkan cili kering. Kacau. Biarkan sehingga masak.

6. Masukkan kacang tanah yang dikisar tadi bersama serai yang diketuk,

7. Masukan sedikit gula dan garam. Sesuaikan rasa.

8. Sedia dihidang.

 

* Makan bersama nasi impit atau cucur udang sedap woo