Resepi Ketiaw / Mee/ Bihun Ladna

Resepi Ketiaw / Mee/ Bihun Ladna

Resepi Ketiaw / Mee/ Bihun Ladna

 

Bahan-bahan A :-

Bawang Putih

Cili Padi

Tomato

Sos Tiram

Udang / Sotong / Ayam

Kailan

Kobis

Lobak Merah

Air

Sedikit Tepung jagung

 

Bahan – bahan B :

Ketiaw/Mee/Bihun

Kicap

Minyak

 

Cara -cara Masak Bahan A - Resepi Ketiaw / Mee/ Bihun Ladna:

 

1. Bawang putih dan cili padi diketuk hancur.

2. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang diketuk tadi bersama tomato yang dipotong kasar.

3. Gaul sehingga separuh masak kemudian masukkan air (kuantiti mengikut hidangan). Biar 2 minit.

4. Masukkan bahan basah ayam/udang/sotong. Gaul rata biarkan bahan tersebut masak.

5. Masukkan satu sudu sos tiram. Gaul rata.

6. Masukkan gula dan garam.

7. Jika rasa telah sesuai, masukkan bahan sayuran yang lambat masak seperti lobak merah, batang kailan dan kobis.

8. Gaul rata semua bahan. Biarkan.

9. Akhir sekali, campurkan tepung jagung (agak banyak kerana ladna biasanya lebih pekat dari hailam) yang telah dibancuh asing bersama air. Masukkan dalam kuali kacau. Padamkan api apabila kuah telah pekat.

 

Cara-cara Masak Bahan B – Resepi Ketiaw / Mee/ Bihun Ladna:

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan ketiaw/mee/bihun.

3. Masukkan 4 sudu kicap (ikut kuantiti bahandi atas). Gaul rata. Padamkan api.

4. Angkat dan campurkan bersama kuah (bahan A) tadi.

5. Sedia dihidangkan.

 

 

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: