Resepi Kek Oren (Gebu dan Mudah)

Resepi Kek Oren yang Gebu dan Mudah untuk dibuat. Di sini kami kongsikan khas buat pelawat laman web bagaimana malaysia. Bahan-bahan membuat kek oren ni memang simple dan cara membuatnya memang mudah.

resepi kek oren mudah dan gebu

Resepi kek oren

Resepi Kek Oren (Gebu dan Mudah)

Bahan-Bahan Membuat Kek Oren:
225 g mentega atau marjerin
1 1/2 cawan gula halus
4 biji telur Gred A, diasing kan putih dan kuning
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
2 biji oren, diparut kulitnya
4 sudu besar jus oren yang telah di perah

Cara Membuat Kek Oren:

1. Pukul mentega/merjerin dengan gula hingga kembang atau hingga gula hancur. Masukkan parutan kulit oren terus memukul.
2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga habis. Terus memukul hingga gebu.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren tadi. Gaul hingga rata dan ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati (jangan terlebih gaul).
5. Tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas kertas pada dasar tin.
6. Bakar dalam oven yang terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 175C selama 40 minit. Suhu bergantung pada oevn masing-masing.
7. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Siap dan boleh dihidangkan.

Jika anda berjaya sila sharekan hasilnya ya. Perkongsian resepi dan gambar kek oren ini adalah daripada CT Manis . Anda juga mungkin berminat dengan resepi kek batik mudah & lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge