Resepi Kek Marble Yang Sedap

[English Version]  This marble cake recipe is the easiest one to make.Marble cake is shaped like a marble cake with and it is very well liked by cake lovers. Some marble cake recipe highlighting a mixture of vanilla and chocolate cake, which is vanilla flavored with chocolate stripes.But there are some who love the fruit flavors such as strawberry and others to replace the vanilla. This recipe guide are among the most simple and yet here we find our pleasure to share this simple recipe with you.

 

Resepi kek marble ini adalah yang paling mudah sekali untuk dibuat. Kek Marble merupakan kek dengan berbentuk seperti marble dan ianya amat disukai oleh pencinta kek. Sesetengah resepi kek marble mengetengahkan satu campuran vanila dan kek coklat, di mana ia adalah berperisa vanila dengan jalur perisa coklat. Namun ada sesetengah yang menyukai  perisa buah-buahan seperti strawberi dan lain-lain bagi mengantikan vanila. Panduan resepi ini adalah antara yang paling mudah kami temui dan disini kami berbesar hati  ingin berkongsi resepi mudah ini dengan anda.

 

Bahan-Bahan Membuat Resepi Kek Marble

 

1 sudu teh baking powder

4 biji telur

250g  gula halus

300g  mentega/butter (Ada mengatakan penggunaan butter lebih sedap)

120g tepung gandum

1 sudu teh atau sesedap rasa perisa vanila

3  pewarna yang berbeza (anda boleh menggunakan serbuk koko, pewarna merah,hijau,kuning dan sebagainya)

1 1/2  sudu teh susu

 

 

Cara Membuat Resepi Kek Marble

 

1  Perkara pertama anda perlu lakukan bagi membuat kek marble ialah dengan memukul mentega dengan gula dan susu sehingga kembang

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

2 Kemudian, masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan tersebut

resepi kek marble

resepi kek marble

3 Langkah yang ketiga ialah anda perlu masukkan tepung, vanila dan baking powder ke dalam adunan anda. Sebatikannya dan adun sehinggan adunan anda rata.

4 Bahagikan adunan anda kepada 3 adunan dan letakkan di dalam bekas yang berlainan.

5 Panaskan oven kepada 150 º C.

6 Tuangkan adunan yang telah anda buat tadi ke dalam loyang secara bergilir-gilir atau berselang seli antara satu sama lain bagi menjadikan kek anda kelihatan berlapis.

7 Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-50 minit.

 

Terdapat banyak cara sebenarnya bagi menghasilkan kek marble yang sedap dan sekiranya anda tidak berjaya kami berharap anda tidak mudah putus asa mencuba menghasilkannya kerana dengan usaha yang gigih anda pasti akan berjaya. Semoga panduan dan tips bagaimana membuat resepi kek marble yang mudah dan sedap ini dapat membantu anda. :)

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *