Resepi Kek Coklat Mudah dan Sedap

Resepi kek coklat terdapat banyak versi dan kaedah bagi membuatnya. Ada kek coklat moist, kek coklat bakar, kek coklat basah dan sebagainya. Di sini kita akan belajar cara membuat resepi kek coklat yang mudah lagi sedap.

Bahan Resepi Kek Coklat Mudah (1 buku kek coklat)

 

2 telur yang telah dipukul sedikit

100 g gula

40 g tepung gandum

100 g mentega

40 g serbuk koko

Setengah sudu kecil baking powder

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

Cara-cara Membuat Resepi Kek Coklat Mudah & Sedap

 

  1. Perkara pertama dalam membuat kek coklat ini ialaha pukul mentega yang disediakan sehingga menjadi seperti krim.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul bahancampuran sehingga putih.
  3. Kemudian, masukkan telur satu demi satu dan pukul sehingga ianya sebati.
  4. Ayak tepung bersama serbuk koko dan baking powder ke dalam adunan yang dibuat tadi. Kacau ia sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan yang telah dikacau tadi ke dalam acuan.
  6. Kemudian, masukkan acauan tadi ke dalam microwave anda.
  7. Biarkan ia masak dalam lebih kurang 4 1/2 minit  ke 5 minit dengan 500W.
  8. Apabila kek coklat anda masak anda mungkin melihat ada bahagian yang agak lembik.
  9. Anda tidak perlu risau kerana ianya masak.
  10. Kek anda telah siap dan sedia untuk di makan.
resepi kek coklat mudah sedap

Resepi kek coklat mudah sedap

Mudahkan buat resepi kek colat yang simple lagi lazat ni :) :)

Facebook Comments

Comments

  1. By jal

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *