Resepi Kek Coklat Lapis Cheese (SEDAP)

RESEPI KEK COKLAT LAPIS CHEESE special khas buat anda. Memang sedap dan memang rasa macam kat kedai. Rugi kalau tak cuba buat kek ni ye.

Bahan-bahan Kek Lapis Coklat Cheese:

KEK COKLAT
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
* semua bahan dimasak di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk
3 biji telur- dipukul hingga kembang
1 1/2 cawan tepung kek*
1 suduteh baking powder*
1 suduteh soda bicarbonate *
(bahan bertanda * diayak bersama)

RESEPI KEK COKLAT LAPIS CHEESE

RESEPI KEK COKLAT LAPIS CHEESE

Cara membuat Kek Coklat Lapis Cheese:

1. Dengan mengunakan whisk masukkan adunan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat yang dah sejuk tadi dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
4. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang 1 bahagian kek coklat ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
5. Sementara menunggu adunan masak bolehlah buat adunan lapisan cheese.

Cara Buat Lapisan Cheese

250gm krim keju
1 sudu makan air
60 gm gula kastor
1 biji telur

Cara membuatnya :

1. Putar krim keju dan gula hingga gebu. Masukkan air dan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.
2. Tuang adunan cheese ke atas lapisan kek coklat yang telah dikukus tadi. Kukus kek 20 minit lagi.
3. Selepas 20 minit, tuang pula lapisan kek coklat yang kedua. Kukus lagi kek lagi 20 minit. Angkat kek, sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang. Boleh juga dihias dgn ganache coklat utk lebih uummphh! Sesuai untuk minum petang dan pelbagai jamuan. Memang sedap!!!
* simpan kek di dalam peti sejuk untuk lebih sedap dan tahan lebih lama…

Kredit asal resepi daripada : Myinahar

p/s :  Anda bungkin berminat dengan Resepi Kek Batik Mudah kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge