Resepi Karipap Inti Lada Hitam

Resepi Karipap inti lada hitam ini amat jarang dijumpai. Sekali merasanya mesti nak lagi. Pertama kali admin merasa karipap spesis ini ialah apabila isteri admin membuatnya. Memang berbeza tapi sangat sedap. Di sini kami kongsikan resepi dan cara membuat karipap inti lada hitam khas buat anda.

 

Bahan Karipap Inti Lada Hitam:


200 gm daging cincang / udang / ayam
500gm kentang – potong dadu
2 biji bawang besar – potong dadu
1/2 Paket Rempah Kurma
1 sudu makan jintan manis
1 sudu besar lada hitam
Daun sup & daun bawang – dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara Buat Resepi Karipap Inti Lada Hitam

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar.
2. Masukkan daging cincang / ayam / udang  dan kemudian masukkan rempah kurma. Kacau hingga masak.
3. Masukkan kentang dan 1/2 cawan air.
4. Gaul hingga kentang empuk.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang. 

Resepi Karipap Inti Lada Hitam

Resepi Karipap Inti Lada Hitam

 

 

Bahan-bahan Kulit Karipap :

 

1/2 kg tepung gandum
80 gm butter / majerin
1/4 cawan minyak
1 sudu kecil garam
Air 

Cara -cara :
1. Butter dan minyak dipanaskan dan cair dan tuang kedalam adunan tepung dan ramas sebati.
2. Masukkan sedikit garam.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan lembut dan rata.