Resepi Kari Ikan Mamak (Tanpa Santan)

Resepi Kari Ikan Mamak

 

Bahan-bahan :

 

Ikan Tenggiri / Ikan Bawal / Ikan Kembong

2 Labu Bawang Besar

8 Ulas Bawang Putih

1 Biji Tomato

Rempah Kari Ikan

4 Batang Bendi

2 Batang Cili Hijau

Daun Kari

Halba Campur

Asam Jawa

 

Cara-cara Masak Kari Ikan Mamak:

 

1. Ikan dicuci bersih dan asingkan.

2. 1 labu dan 4 ulas bawang putih dikisar manakala sebahagian lagi dipotong nipis untuk bahan tumis.

Resepi Kari Ikan Mamak

Resepi Kari Ikan Mamak

3. Tumis bawang putih, bawang besar, daun kari, halba campur dan tomato yang dipotong nipis.

4. Masak hingga garing. Masukkan bahan kisar bersama rempah ikan.

5. Tambah sedikit air. Kacau rata.

6.Biarkan sehingga pecah minyak.

7. Kemudian perahkan air asam jawa ke dalam kari tersebut.

8. Masukkan ikan dan bendi.

9. Biar mendidih. Akhir sekali masukkan cili hijau yang dibelah tengah (dibuang biji).

10. Garam secukup rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge